Assalamualaikum! Hihihihi~ Di pagi sabtu yang hening lagi mempersona ni terasa seperti nak membebel.. Bukan apa lah kan, nak study dah tak masuk. So, take 5 perhaps or maybe take 10, take 20. ahhhh! Apa-apa ja lah! Nampak macam pshycho tak? Kesah pulak aku! huk3~
Rasanya baru sebulan balik UNIMAS tp dah nak midsem exam. Beruk pun x terkejut mcm kitorang. Dugaan betul. Mentally x berapa nak ready pun lagi. Physically apatah lagi. Eh? Mungkin terdapat kaitan di situ. Setelah satu sem berlalu, baru sedar yang study kat bilik memang banyak distraction. Swear x tipu. Nampak ada habuk sikit nak sapu, nampak apa-apa yang kotor sikit nak cuci. cewahhhhh~ Nak promote diri rajin lah ek? Nope! Ini bukan bertujuan utk promote diri. Tp sesungguhnya environment yang serabut akan memberi kesan 10 times kepada minda utk mencerna notes! Kadang-kadang bukan nak tunjuk rajin dekat housemates or what. Tp memang x leh tgk semak-semak ni. Memang rasa stress. Sampai satu tahap rasa nak mengamuk ja. So kalau nampak tgh kemas rumah sambil bengang-bengang jgn lah tegur. Makin membara hati nanti. So conclusion yang dapat dibuat ialah kalau nak study tu rajinlah menapak ke CAIS. Tp... Tp... Nak ke CAIS kena bersiap bagai. Dok bilik x mandi pun boleh start study. =..= Kalau sem 1 rajin lah jugak ke CAIS sebab swimming pool sebelah fakulti ni selalu memekak. Perghh! Sebelah Fakulti Perubatan ada swimming pool tuhhh~ Hebakk ahhhhh.. Swimming pool tu lagu macam nak bagi seluruh Kuching dengar. So kalau study dekat bilik memang serabut. Kadang-kadang rasa nak berdiri kat balkoni rumah then jerit "woi! Boleh diam x?" Tp... Kalau jerit pun kesah pulak dorang. Sobss sobss betul hidup. Sabo je lahhh..
Disebabkan nak exam, so minggu ni x boleh lah keluar nampaknya. Duduk bilik bertafakur dgn nota cukup. Selalunya weekend cenggini ada lah orang tu datang ambek. Hihihi~ Betul x orang tu? Next time after exam eh kita hang out lg. Nak study dulu. tata!!!
Friday, 8 March 2013
Saturday, 2 March 2013
Mangsa Banjir
Assalamualaikum! hah! nah! hambek ni. nak sangat kan aku update pasal kejadian banjir hari tu. hakhakhak. Tp.... Malu lah! Tersebut lah kisah pada pagi ahad yang tenang dan permai, aku dgn dzul keluar nak beli barang sekaligus keluar makan dan sebagainya. Nak dijadikan cerita dzul sewa kereta half day. Lepas tu kan.. Lepas tu... heeee~ x berapa nak ingat lah aktiviti. Sebab boleh dikatakan semua mall kami jelajah. Spring, Giant, Boulevard, UNACO pun x ketinggalan. Semua diklasifikasikan sebagai mall kan? kui3~ Nak dijadikan cerita, kami solat dekat giant yang otw nak ke Kota Samarahan tu. Kalau x, petang tu memang nak ambik emma dgn pikah ali dekat airport. Tp Shazlin dgn Keon yang nak ambik kan. So, kami pun lepak-lepak la kat giant. After tu kami decide nak makan dekat The Spring. Sebab lepas makan dzul nak hantar aku blk Lot 77. Baru ja gerak dari giant, tengok-tengok hujan lebat. *sigh. Aku ni bukan percaya sangat kat dzul yang baru dapat lesen P. hahahahha. Main-main ja! Kang merajuk dzul baca. Kitorang singgah kejap kat UNACO yang dekat roundbout giant tu, beli barang lagi sikit then dzul ajak gerak sebab da nak malam. Hujan makin lebat kot. Secara tiba-tiba terus tukar plan nak makan kat tempat lain. Terus cancel nak ke Spring sebab nnt kena patah balik ke lot 77. So kami decide untuk makan di SCR Satok. Hahahahaha. Buat masa sekarang korang paham x cerita aku ni??? XD
Time dekat SCR tu hujan still lebat. Agak lama la jugak kami lepak kat SCR. Pada masa yang sama roomate yang dua orang ni pesan nasik dgn milo ais. Dengan bangganya aku pun order lah utk mereka berdua. Dalam pukul 8 lebih dzul nak hantar jugak aku balik walau hujan lebat sebab dah lewat kan. tsskkk~ Disebabkan nekad nak hantar aku balik lah kami redah jugak hujan tu. Aku x pernah taw pun yang lot 77 ni mudah banjir. Yo lahhhh. Budak baru masuk kan. Time kitorang masuk simpang ke lot 77 memang air dah naik. Tp x tinggi sangat. X expect pun yang bila nak ke dalam fakulti air dah tinggi. Yang kami pun x sedar diri. Terlupa naik kancil ja bukan hilux. huuuuaaa! Yang pasti before kereta nak masok gate fakulti, tiba-tiba aku rasa kaki basah. Aku tengok bawah air dah masuk dalam kereta! Gelabah woooooooo. Time tu jugak lah enjin kereta mati. Nampak la x berapa nak cerdik kat situ. Hahahahaha. Dah enjin mati dzul try start lagi. Aduh! Lupa nak cakap yang kereta kalau mati enin dalam air jangan start. Sobsss.. Nahas2.. X fikir panjang dah time tu, air makin masuk dalam kereta, aku dah terbayang yang kereta tu bakal tenggelam. Over. hahahha. Aku dah terlupa barang-barang kat seat belakang tu. Yang aku ingat nasik si anum roomate aku ni. Tu yang aku selamatkan dulu. Kami dua-dua orang nak mintak tlg pak guard. Tp bila sampai kat pondok pengawal tu, tengok-tengok x da orang. Sebab pondok tu pun tenggelam! X sure mana pak guard menyorok. Hahahaha. Time tu hujan still lebat. Kami patah balik kat kereta then tolak kereta masok fakulti. Depan fakulti tu ada lobby. Kat luar lobby tu area tinggi sikit. Time tolak kereta tu baru nampak dua orang pakcik guard. Tu pun diorang tengok ja. X tolong pun. Sadis.. sadis.. =..= Bila dah sampai kat tempat yang relevan sikit untuk parking, baru pak guard datang tengok. Diorang cakap teruk sangat dah tu. Tp tengok lah dulu macam mana. Wether kereta tu still boleh start keesokan harinya or x. Setelah sekian lama menolak kereta kancil yang x seberapa tu aku dengan dzul pun menggigil. kahkahkah. Time tu memang harap sangat roomate datang hantar towel. Aku kol la si Yan. Time tu pulak Shazlin dok lepak kat bilik. Dalam 15 min tunggu, datang lah Shazlin dgn Anum. Terharu wehhhhh. Dorang redah banjir kottt. Thanks weh. Sgt2. Tp.. Aku tertinggal nasik anum kat kaunter pak guard. dengg! X semena-mena Anum dgn Shazlin kena redah lagi banjir utk ke pondok pengawal tu. Sori korang. :( Then Keon pulak kol aku tanya dia boleh bantu apa-apa x? Aku baru tringat yang kaki aku dgn dzul dah kecut gara-gara kasut bertutup yang kitorang pakai. So aku mintak keon bawak selipar jamban datang. Otw datang kat kitorang selipar keon pulak putus. Hahahahaha. Mencabar betul! Lepas beberapa puluh minit after Anum dah habis makan nasik n yan dah habiskan milo ais, kitorang pun balik la kolej. Sejuk kot malam tu. Logik lah kan shivering sebab rendam dalam banjir. kui3~ Hujan still x stop. So aku suruh ja dzul tumpang surau Lot 77. Esok lah baru blk. Kesian kot kat dia. Tp tu ja yang aku mampu tolong. Sori.. :(
Keesokan paginya, kalau ikut perancangan Shazlin dgn Anum yang hantar dzul balik barat. Sebab budak2 medic x da class kan pg tu. Nursing ni ngada ja nak pack class bagai. hahahahah.. Tp disebabkan ada Farhana Mazlan yang turut stuck di Lot 77 pada mlm kejadian, so dia tumpangkan lah si dzul balik main camp. Begitulah kisahnya.......................
p/s: sori x da pic!
Keesokan paginya, kalau ikut perancangan Shazlin dgn Anum yang hantar dzul balik barat. Sebab budak2 medic x da class kan pg tu. Nursing ni ngada ja nak pack class bagai. hahahahah.. Tp disebabkan ada Farhana Mazlan yang turut stuck di Lot 77 pada mlm kejadian, so dia tumpangkan lah si dzul balik main camp. Begitulah kisahnya.......................
p/s: sori x da pic!
Subscribe to:
Comments (Atom)